RSS

Wednesday, October 13, 2010

Hati-hati dalam menulis blog


Blog sekarang satu medium bagi kita meluahkan perasaan dan berkongsi pendapat sesama yang lain. Tetapi harus ingat sebelum menulis entry di blog, korang kena fikir sebab dan akibatnya. Jangan main belasah je sebab nak tarik perhatian orang. Silap haribulan boleh kena saman kalau tak kena dengan tempatnya.

Macam dalam barita Kosmo hari ini, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim telah pun buat laporan terhadap beberapa orang blogger. Penulis blog, Rocky's Bru,Taikors and Taikuns (TnT) dan Bigdogdotcom mendakwa anak lelakinya mempunyai kepentingan dalam kementerian terbabit dengan memperoleh geran RM1 bilion bagi menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara. Rais telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Banyak je sebelum ni blogger yang terlibat dalam jenayah kerana penulisannya, salah satu nya sebelum ni yang pasal hina sultan tue. Aku bab-bab macam tue,bab-bab politik ni memang takut nak sentuh. Yelah kadang-kadang info tue semua bukan betul, khabar angin semata.

Jadi perlu diingatkan kepada semua penulis blog, jangan menulis ikut sesuka hati. Kalau dapat sesuatu info tue kalau boleh kaji dulu kesahihan info tersebut. Ingat traffik tinggi masa tue pun dah tak guna kalau dah kena naik turun mahkamah.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

6 comments:

IKRAM said...

Saya sgt setuju dgn entry anda :)

Home page new post:
3 tips menyegarkan mata

L@n@ a.k.a Mak Budak said...

setuju 200% ..

- zuriey - said...

IKRAM: tq
L@n@ a.k.a Mak Budak : saya pun..

Just said...

betul3x... i bab politik2 ni mmg x sentuh pun.. lgpun mmg x minat.. :D

CikLilyPutih said...

betul betul betul (gaya upin,ipin)

- zuriey - said...

Just: samalah kita
CikLilyPutih: ye betul..

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.