RSS

Thursday, October 21, 2010

Edisi sesat di One Utama, hilangkan penat di A&W

Semalam buat kali pertama pergi menonton wayang di One Utama. Boleh tahan jem nak ke sana semalam. Besar betul One Utama ni, rasa jakun gaklah bila masuk dalam tue. Dahla menjajau mencari parkingnya. Berpusing jugalah aku dengan member aku masa tue. Redah jelah, nasib baik tak sesat.

Lepas solat terus pergi cari booth Nuffnang nak pergi ambil tiket wayang. Satu hal nak pergi cari panggung wayang dia lak. Tanyalah kat jaga Bangla, nasib baik dia faham apa yang ditanya. Aku ni selalu pergi tempat yang ada satu panggung je, tak tahu pula One Utama ni ada 2 panggung GSC dengan TGV.Bila guard tue tanya, nak pergi wayang mana mula aku menggelabah. Dahla tak alert dengan email yang diberi. Last-last main bantai pergi kat GSC padahal kat TGV. Adui sesat lagi kitorang cari panggung.

Lepas dah dapat tiket, apa lagi pergi isi perut yang tengah kosong tue lah. Mau tak kosong habis tenaga pusing dalam UO tue je. Malam tue, kitorang pekena A&W. Lama betul aku tak makan A&W. Rasanya last makan masa kecil-kecil dulu. Apa yang aku suka kat A&W ialah air RootBeer and float dia..Sedap hingga ke titisan akhir.


Chicken Sandwish


Sedapnya aiskrim ni.Yummy


Rootbeer with float. Memang sedap tak ingat.



Lepas makan, pergi masuk panggung layan lah wayang. Agak kecewa juga dengan tayangan semalam. Tak best!!! Nasib baik tiket free.Abis wayang pergi cari toiletlah apa lagi, dah puas minum rootbeer ditambah dengan kesejukan dlm panggung, mana tak rasa nak terkucil. Then, sesi pulang ke rumah member aku. Sekali lagi kitorang sesat tak ingat pintu mana kitorang masuk tadi. Eskalator dah dimatikan, lampu pun dah tutup, cuak gak kena kunci kat UO..hahaha.. Dengan izin Allah, dapat juga keluar dan sampai rumah dengan selamat.

Memang penat betul semalam, bukan penat apa. Penat sebab sesat dan cari jalan yang betul. Thanks again tu Ira temankan semalam.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

4 comments:

nur said...

sedapnya.. dah lama x makan a&w..

dear.. tengok result GA kat blog!!!hurry up..
u win?.. yes it;s you!
ALL IN ONE

cik helena said...

tak dpt pegi tgk..kene ot tp nasib baik kata tak best.haha!

kak ina kl said...

oooo dah pandai tenguk wayang ek..akak dah malas dah...

kalau nak gi pun tanya anak dulu dia nak ker idak

malam ni pun dia gi dgn kawan dia..mak dia nak mengkukis.

- zuriey - said...

nur: OMG!! yeker..rasa tak caya pula
cik helena : tak rugi pun, he3..memang tak best citer2
kak ina kl: a;ah kak.. baru berjinak2.. duk rumah pun bosan je

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.