RSS

Saturday, October 2, 2010

Dia Fadila berkahwin dengan Redza



Penyanyi terkenal Dia Fadila telah pun menamatkan zaman bujangnya. Dia dengan rasminya telah menjadi isteri kepada Reza Abdullah Sanusi semalam.Pasangan itu memilih 1 Oktober 2010 sebagai hari bersejarah mereka kerana ia sama dengan hari ulang tahun kelahiran Redza.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Imam dan Jurunikah Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta iaitu Al-Hafizan Ibrahim kira-kira pada pukul 9.45 pagi dengan disaksikan oleh ibu bapa, keluarga dan sahabat-handai kedua-dua mempelai.



Pada majlis itu, Dia Fadila menerima mas kahwin berupa senaskhah Al-Quran, sepasang telekung dan wang tunai sebanyak RM 2309.84 sebagai simbolik kepada tarikh hari lahir penyanyi itu.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan di Dewan Siti Hasmah (Rumah Puspanita), Jalan Wisma Putra, Kuala Lumpur pada 3 Oktober pukul 8 malam. Selepas berkahwin, Dia Fadila dijangka akan berpindah mengikut suaminya ke Bukit Damansara, Kuala Lumpur.




Tahniah kepada Dia dan suami. Semoga berbahagia ke akhir hayat.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.