RSS

Sunday, October 10, 2010

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Halina Mohd Yunos selamat diijabkabul




Tahniah kepada angkasawan negara Malaysia, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan pasangannya, Dr. Halina Mohd Yunos selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz berserta mas kahwin RM80 kira kira 11.45 pagi di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin,Putrajaya. Tarikh keramat 10 Oktober 2010 telah menyatukan dua hati, sememangnya tarikh ini memang amat dinantikan oleh semua.

Teruja betul tengok mereka berdua ni, sama padan sama cantik. Bagai pinang dibelah dua. Aku rasa bukan sekadar wedding of the year, tapi wedding of the universe rasanya. Majlis pernikahan sahaja dihadiri oleh lebih 10000 orang tetamu.

Pasangan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd. Yunos Mohd Ali dengan bersaksikan Ketua Pendaftar Cerai Rujuk Perkahwinan Wilayah Persekutuan , Datuk Che Mat Che Ali.Pengantin perempuan memberikan 11 dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pengantin lelaki.









Tak sabar nak tunggu majlis persandingan mereka disiarkan secara langsung di tv3 pukul 9 malam ni. Mana taknya, seramai 100 angkasawan dari 35 buah negara akan datang. Selain itu, antara tetamu kehormat yang dijemput adalah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan selebriti, Datuk Michele Yeoh. Tema majlis pada malam persandingan pasangan ini ialah "pahlawan Melayu di istana kayangan" dan "angkasa lepas".


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.