RSS

Monday, October 25, 2010

Dapat hidayah ketika kunjungi masjid


Alhamdulillah terbuka juga pintu hatinya untuk memeluk Islam. Adik ipar bekas perdana menteri Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43, mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat hidayah.


Banyak perubahan pada diri Lauren Booth antaranya dia dah pun mula memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan. Lauren juga sudah 45 hari tidak meneguk arak dan tidak lagi makan daging babi.

Lauren telah mendapat hidayah ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, imam kelapan penganut Syiah daripada keturunan Saidina Ali, di Qom.

P/S: Semoga dengan hijrah Lauren ni dapat menarik hati rakan-rakan beliau pula. Mesti Tony Blair tak suka dengan tindakan Lauren. Lauren teruskan perjuangan anda.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.