RSS

Wednesday, October 27, 2010

Cerita artis bercerai, Aleeza dan Saida


La ni banyak artis yang kahwin dan banyak juga yang bercerai. Kalau kahwin tue memang sedap lah nak dengar tapi kalau cerai ni sebolehnya elakkan. Terkini Aleeza Kasim dan suami, Mohd Fauzi Che Rus sah bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah. Punca penceraian tidaklah diketahui, alasan biasa dah tiada jodoh.

Siapa yang tak kenal dengan kakak kepada penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza telah pun memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik daripada suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri.



Sayangnya Saida dan suami dah 14 tahun hidup bersama. Anak-anak pun dah besar, 4 orang semuanya, Siti Nurunnyssa, 13, Anas, 11, Khalid, 7, dan Siti Nurul Mashitah, 4 tahun. Kesian kat anak-anak nanti.

Saida atau nama sebenarnnya Siti Norsaida Tarudin mendakwa dia dan suami sudah lama tidak bersefahaman dan sehaluan serta perkahwinan itu telah mengalami masalah yang berpanjangan dan tidak boleh didamaikan lagi.


Tak tahu apa yang menyebabkan mereka tak bersefahaman dan sehaluan lagi, pasti ada puncanya. Yela, kalau difikirkan dah 14 tahun takkan masing-masing tak faham dengan perangai pasangan kan.

Lepas ni, dua-dua artis ni dapat lah gelaran Miss J. Siapa yang nak ejas bolehlah try lepas mereka dah berpisah.

P/S: Adnan Abu Hassan (komposer) bercerai secara fasakh dengan isterinya. Ish3..Sekali berduyun yang bercerai.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.