RSS

Sunday, October 24, 2010

CerekaramaTV3: Selamat datang anak-anak suamiku


Beza cerita ini dengan drama yang lain ialah perancangan yang lama dilakukan. Yang lain bagi aku jalan cerita lebih kurang sama dengan drama-drama yang pernah ditayangkan sebelum ini. Pelakon pun tak ramai, ending cerita pun boleh agak.

Sinopsis Selamat Datang Anak-anak Suamiku

Kisah yang berlegar antara 3 watak, iaitu Maya, Aida dan Elyas. menceritakan bagaimana kehidupan seorang wanita bernama Maya yang baru kematian suami. Maya yang seringkali menziarah kubur arwah suaminya,Johan sering melihat seorang wanita dan dua anak perempuannya turut menziarah kawasan perkuburan yang sama. Akibat rasa ingin tahu, Maya memberanikan untuk bertegur sapa dan akhirnya tanpa disengajakan perkenalan Maya dan wanita bersama dua orang anak itu membongkar rahsia perkahwinan Johan dan juga wanita bernama Aida itu. Kehadiran Aida dalam hidup Maya membuatkan adik Johan, Elyas curiga. Elyas cuba untuk menyiasat siapa sebenarnya Aida.

Dalam diam rupa-rupanya Elyas dan Aida sudah merancang untuk membolot harta Johan sejak 12 tahun yang lalu. Disamping itu mereka juga menjalankan perniagaan yang salah disisi undang-undang. Tetapi semuanya terbongkar dan mereka ditangkap. Tinggal lah Maya menjaga anak-anak suaminya.

Pelakon : Rita Rudaini, Fizz Fairuz, Noorkhiriah


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

2 comments:

dimensi said...

pinjam sinopsis yer..hehe

dimensi @ Jiwang Network

Anonymous said...

Best cite dia cuma tpi soundtrack dia lgi best...

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.