RSS

Sunday, October 17, 2010

CerekaramaTV3: Berdosakah aku


Sedih betul aku tengok cerita cerekarama malam ni. Rupa-rupanya cerita ini adalah cerita yang benar berlaku. Ditambah pula lakonan hebat Khairiah dan Sheila Rosli memang menghidupkan lagi cerita ini. Aku memang suka diorang ni berlakon, bagi je apa watak mesti jadinya.

Sinopsis Berdosakah Aku

Menyingkap kisah hidup seorang wanita bernama Nuriah yang mempunyai tiga anak iaitu Zahid, Haryani dan Nurhidayah.Mengingatkan setiap manusia dilahirkan dengan berbeza acuan kehidupan, Nuriah mengalami tekanan hidup sejak hamil sehingga tamat riwayatnya akibat sikap suaminya yang mata keranjang.

Sakit meroyan yang dialami oleh Nuriah membuahkan rasa benci terhadap anak keduanya, Haryani.Tidak tahan melihat cucunya didera dan dibenci, ibu Nuriah mengambil tanggungjawab membesarkan Haryani sehingga dewasa membuatkan Haryani menyangka neneknya itu adalah ibunya.



Sejak kematian nenek, Haryani tinggal bersama keluarganya. Sudahlah dibenci oleh ibunya, abangnya pula menaruh perasaan terhadapnya.Harapan Nuriah tertumpu pada anak bongsunya Nurhidayah namun, hatinya punah apabila Nurhidayah yang berkelakuan baik di depannya disahkan hamil anak luar nikah.

PELAKON UTAMA BERDOSAKAH AKU: Sheila Rusly (Nuriah), Noorkhiriah (Haryani), Qazem Nor (Zahid), Amanda Misbun (Nurhidayah), Khairil Anwar (Zakaria) dan Normah Damanhuri (Nek Tijah)
PELAKON PEMBANTU: Anie Jaafar (Kak Milah), Azam Mohamed (Harun)




Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

7 comments:

Sitti Fatimah Mohamad said...

yer cerita yang memang best dan menhayat hati..apapun lawati site saya @ RazmanForever [dot] Com

d_tieah said...

Wah..
Sama entry..
Bestkan cte ni..
Tersentuh aku..

cik ciput said...

tgk jugak tdi..sedih kan..tpi scene yg dia hampir2 kena rogol dgn abg dia tu, nasib baik x jadi kn..

- zuriey - said...

Sitti Fatimah Mohamad : rasa nak nagis tgk
d_tieah : sama ke..hehe
cik ciput :nasib bek takde pape

nur said...

yeke.. missed la

ALL IN ONE

nur anis said...

ruginya tak dapat tengok...

- zuriey - said...

nur: nanti kat youtube mesti ada
nur anis: try tgh kat youtube nanti

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.