RSS

Sunday, October 31, 2010

CerekaramaTV3: Aku ingin ke Syurga

Setiap orang memang ingin masuk ke Syurga termasuklah aku. Cerita 'Aku Ingin ke Syurga' memang bawa seribu pengajaran. Pada mulanya memang aku geram je tengok watak jahat seorang anak yang sering memarahi emaknya. Kerjanya asyik nak minta duit pada emaknya, dahla duit tu diguna buat kerja-kerja haram. Akibatnya, dia mendapat balasan cash di dunia, nasib nya baik sempat bertaubat.



Sinopsis 'Aku Ingin Ke Syurga TV3'

Aku Ingin Ke Syurga untuk slot Cerekarama di TV3 mengisahkan mengenai Hanafi, remaja yang tersasar jauh dari kehidupan biasa. Dia juga anak yang mementingkan diri sendiri kerana terpengaruh dengan rakan sebaya sehingga bersikap biadap terhadap ibunya, Rabiah.

Hanafi tidak dapat menerima hakikat kehidupan mereka yang agak susah dan seadanya. Seboleh-bolehnya dia mahu ibunya menyediakan apa saja kehendak dan keperluannya tanpa mengira bagaimana cara sekalipun untuk mendapatkannya.

Suatu hari dia melarikan diri dari kampung kerana menyangka dia membunuh ibunya secara tidak sengaja ketika bergelut memaksa ibunya mengikut dia ke bandar untuk mengeluarkan simpanan ibunya bagi membeli motosikal baru.

Hanafi asalnya seorang anak yang baik. Cuma dia berubah setelah berlaku tragedi buruk dalam keluarga. Beberapa tahun sebelum itu, rumah mereka terbakar. Hanafi berjaya menyelamatkan adik-beradik dan ibu kecuali ayahnya. Ayahnya meninggal dunia ketika cuba menyelamatkan ibunya.

Hanafi tidak berapa rapat dengan ayahnya kerana ayahnya seorang yang panas baran dan suka memukul apabila marah. Kadang-kadang dia lebih suka ayahnya mati daripada berdepan dengan kebengisan ayahnya setiap hari.

Namun kematian ayahnya mewujudkan dilema baru dalam hidupnya.

Benci dan marah serta rasa bersalah berbaur menjadi satu. Mulai hari itu, dia mula berubah, bercampur dengan budak-budak liar sebagai pelarian daripada perasaan yang bercelaru itu.

Hanafi meneruskan kehidupannya di bandar dengan pelbagai kegiatan haram. Kehidupannya bergelumang dosa. Bermula sebagai kaki ragut kemudian terbabit dengan kegiatan samseng yang kemudiannya terseret dengan sindiket pelacuran.

Selama 15 tahun dia bergelumang dengan kejahatan dan kemaksiatan. Selama itu jugalah ibunya tidak pernah putus berdoa agar dia selamat dan akan kembali ke pangkal jalan.

Kehidupan Hanafi berubah apabila dia mula batuk serta sakit-sakit dan tubuhnya mulai ditumbuhi kudis. Suatu hari, pertama kali dalam hidupnya, suara azan yang selama ini tidak dipedulikan bergema dari masjid berhampiran kediamannya, menggamit keinsafannya sehingga mengalirkan air mata.

PELAKON: Zamarul Hisham, Mak Engku (Ku Faridah Ku Shafie), Almy Nadia dan Nazim Othman



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

3 comments:

::fatihahanapi:: said...

hanafi abah aku tu..ehehe..*saje nak conteng2 kat cni*

v^_^ peace!

Jey Yusuff said...

sekarang ni dh byk cerita unsur agama. bagus lah. ops salam perkenalan dari saya.. follow ur blog

- zuriey - said...

::fatihahanapi:: pinjam jap nama ayahmu
Jey Yusuff : salam perkenalan juga

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.