RSS

Monday, October 18, 2010

Butakah cinta??


Oleh kerana pagi ni mood ada sedikit baik, hati pun ada sedikit berbunga-bunga. Tinggal aku sorang dalam ofis ni, mana pergi ofismate aku yang lain. Cuti ke arini? Pelik aku. Takpelah hari ini saja je nak jiwang-jiwang sikit, baca paper pasal sanggup mati demi cinta terus rasa nak tulis pasal ni.

Betulkah Cinta itu Buta?

Kerana cinta ada yang sanggup lari dari rumah.
Kerana cinta ada yang sanggup mati kerana si dia.
Kerana cinta ada yang sanggup jual maruah diri.
Kerana cinta ada yang sanggup berbunuh-bunuhan.

Bagi aku, semua itu bukan kerana cinta tapi nafsu dan hasutan syaitan. Cinta itu indah. Cinta akan binasa bila disalah ertikan. Cinta hakiki adalah Cinta kepada Illahi.



Jangan mudah melafaz kasih,
Kasih itu pada siapa?
Jangan mudah melafaz sayang,
Sayang itu untuk siapa?
Jangan mudah melafaz cinta,
Cinta itu pada Yang Esa
Cinta bunga,bungakan layu,
Cintakan manusia kan pergi

Cinta yang di hati,
kasih sayang yang hakiki
Kasih yang di cari
Moga Allah meredhai
Cinta yang dihati,
kasih sayang yang hakiki
Kasih yang di cari
Moga Allah meredhai

Cintakan Allah dan RasulNya
Suburkanlah di dalan jiwa
Sayang-sayangi keluarga kita
Moga hidup aman bahgia
Jiran tetangga hormat-menghormati
Sesama manusia kita berbakti

Semoga Allah memberkati
Hidupnya insan di alam ini
Negara makmur dan diredhai
Mendapat keampunan Illahi
Semoga Allah memberkati
Hidupnya insan di alam ini
Negara makmur dan diredhai
Mendapat keampunan Illahi

Cintakan bunga, bunga kan layu
Cintakan manusia kan pergi

Lagu : Keroncong Kasih Sayang, UNIC


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

3 comments:

Anna Boleyn said...

lagu keroncong kasih sayang UNIC ni best.banyak bagi pengajaran. :)

Bijen M. said...

Adeh.
Inilah bila orang tak beriman kepada qadha dan qadhar.

- zuriey - said...

Anna Boleyn : banyak makna yang tersirat
Bijen M. : ikut hawa nafsu

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.