RSS

Thursday, October 21, 2010

Bukan hilang tapi kes lari rumah


Mohd Helmi Mohd Noor (tunang) dan Rozaliya Mat Lazim.

Heboh sebelum ini dalam paper tentang kehilangan budak perempuan bernama Rozaliya Mat Lazim, 20 yang bakal berkahwin pada 12 November nanti. Aku pun pada mulanya agak simpati dengan nasib mereka yang terlibat ni. Yelah, majlis tak lama lagi tapi pengantin pula hilang. Sekali tup-tup baca paper hari ini, dah jumpa budak perempuan ni kerja kat Bukit Bintang.

Alhamdulillah sebab budak tue dah dijumpai dengan selamat. Cuma aku tak berapa suka dengan cara dia larikan diri dari rumah sebab taknak berkahwin dengan tunangnya. Perkara macam ni boleh dibincang dengan secara baik. Kenapa harus menipu sampai macam ni semata-mata tak nak kahwin. Tak pasal-pasal dah buat semua orang risau.

Terus terang sahaja kalau dah taknak. Lari dari rumah bukan jalan penyelsaian terbaik. Takkan mak bapa nak paksa juga anak kahwin kalau dah taknak kan. Besok lusa nanti diorang juga yang susah kalau paksa-paksa. Semua ibu bapa nak yang terbaik buat anak mereka.

Yang kat luar sana, janganlah main serkap jarang buat keputusan melulu macam ni ye. Kalau tak puas hati ke apa ke bawa-bawa lah berbincang. Bukan pe takut yang tak diingini berlaku macam kes ragut ke,rogol ke, excident ke. Nanti tak sempat pula nak minta maaf.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

2 comments:

MOFASAD said...

cantik gadis tu.. kalau gua single.......


grrr!

- zuriey - said...

MOFASAD : ish kesitu lak gi nya

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.