RSS

Friday, October 15, 2010

Bajet 2011: Skim Rumah Pertamaku


Seperti mana yang diketahui, hari ini merupakan pembentangan bajet 2011. Memang ini yang dinantikan rakyat terutama penjawat awam. Satu benda yang buat aku tertarik ialah Skim Rumah Pertamaku. Apa lagi kawan-kawan jom beli rumah..he3

Skim Rumah Pertamaku membantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah. Bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000 akan diberi oleh kerajaan. Maknanya pembeli rumah mendapat pinjaman 100 peratus tanpa perlu mengeluarkan 10 peratus wang pendahuluan.Selain itu pembeli rumah pertama diberi pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus ke atas surat cara pindah milik sebuah rumah yang berharga tidak melebihi RM350,000.

Sound interesting!!! Kepada sesiapa yang layak lepas ini dah boleh survey rumah. Memang kerajaan nak memberi peluang kepada semua memiliki rumah. Tapi perlu ingat, kalau rasa tak mampu nak beli jangan tambahkan lagi beban. Nanti takut bayaran bulanan dapat pula nak bayar.

P/S: Aku ni mula dah berangan nak beli rumah. Nak beli rumah apa eh? Ceh..ceh..ceh..



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

1 comments:

Asai said...

hmm... org lain nak beli rumah... aku pula busy nak jual rumah.. jual yg lama beli yg baru.. hehehehe... nmpknya aku tak layak nak apply di bawah skim kerajaan ni... income isi rumah terlebih la pulak.

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.