RSS

Saturday, October 16, 2010

Bajet 2011: Pemansuhan duti import dan cukai, galakkan berbelanja.



Berita gembira buat mereka yang suka shopping tetapi tidak berkemampuan, ini merupakan satu berita yang ditunggu-tunggu. Duti import ke atas kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan akan dimansuhkan pada kadar 5 peratus sehingga 30 peratus. Selain itu cukai jualan untuk telefon mudah alih juga akan dimansuhkan.

Antara barangan yang akan dimansuhkan duti import:

Beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, bola golf, barang kemas tiruan, bedak talkum, syampu, langsir, alas meja, selimut, cadar, kemeja, baju tidur, pakaian dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian termasuklah kelambu.


Tetiba teruja nak beli handset yang canggih ni dengan harga yang lebih berpatutan.

Lepas ni boleh lah nak merasa pakai handfone lagi canggih sikit. Agak-agaknya berapa ye harga Blackberry dgn IPhone bila dah takde cukai? Teruja juga aku dengan berita ni. Aku ni memang kaki shoping, tapi kadang-kadang dapat tengok jela barang-barang tue sebab mahal sangat kan. Tak sabar nak tunggu tahun depan.he3



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.