RSS

Friday, October 15, 2010

Bajet 2011: Istimewa buat kakitangan kerajaan


Pastinya kakitangan kerajaan sedang bergembira dengan bajet 2011. Memang banyak insentif baru disediakan buat kakitangan kerajaan. Bertuahla siapa yang kerja kerajaan. Gunakan insentif yang diberikan ini dengan sebaiknya.

Antara insentif yang bakal diterima penjawat awam.

1. Elaun bulanan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru akan dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini.
2. Elaun kehadiran mesyuarat kepada semua Ahli Jawatankuasa daripada RM30 kepada RM50
3. Elaun bulanan Imam akan dinaikkan daripada RM450 kepada RM750 sebulan
4. Imbuhan bulanan guru Kemahiran Asas Fardhu Ain (KAFA) dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM500 pada masa ini.
5. Bantuan Kewangan Khas RM500 kepada kakitangan awam Gred 54 ke bawah, termasuk petugas kontrak dan pesara yang dibayar Disember ini.
6. Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.
7. Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan
8. Had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa ini.
9. Kadar pinjaman untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah kepada RM20,000 berbanding RM10,000 pada masa ini bagi Kumpulan Sokongan Dua.
10. Kadar Bantuan Mengurus Jenazah kepada RM3,000 berbanding RM1,000 pada masa ini.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

4 comments:

Fitrihadi.com said...

erm ada banayk gak peningkatan faedah bajet kali ni..harap semua puas hati ar..

J.M.R said...

moga penjawat awam ni terus bersmgt wat kije..jgn ngulor jer..heheh

darkbatman said...

istimewa buat kakitangan kerajaan tp serrvis tax naik 6%..hoho.. saidsnyeee

- zuriey - said...

Fitrihadi.com : tak semua puas hati..
J.M.R: 2la..da mcam2 yg dapat keje kenalah lagi bgus
darkbatman: mesti ada tax yg naik..sbau jela

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.