RSS

Sunday, October 10, 2010

Aqasha dan Noor Baizura sah sebagai suami isteri



Tarikh 10.10.10 memang menjadi tarikh yang diimpikan oleh ramai pasangan. Aqasha pelakon terkenal tanahair juga tidak melepaskan peluang melakar hari bahagia bersama pasangannya Noor Baizura Mohd Sabri, 26. Berita perkahwinan Aqasha ni agak tenggelam kerana tarikh yang sama juga telah dipiih oleh angkasawan negara, Datuk Syeikh Muzaffar.

Firdee Aqasha Rosli atau Aqasha,28 tahun dan pasangan telah selamat diijab kabulkan dalam sebuah majlis serba sederhana di kediaman pengantin perempuan di Sungai Besi sekitar jam 3 petang tadi. Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM80, wang hantaran RM20,000 dan seutas rantai emas putih.



Majlis tersebut dihadiri oleh 300 tetamu iaitu ibu bapa, keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak pengantin termasuk rakan artis.Mereka adalah Emelda Rosmila, Adlin Aman Ramlie, Tony Eusoff, Jehan Miskin dan Khir Rahman.

Baizura bertugas stesen TV Astro. Mereka akan buat majlis resepsi secara besar-besaran dilangsungkan di Shah Alam pada 25 Disember nanti. Tahniah diucapkan kepada Aqasha dan pasangan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

2 comments:

lan_ax said...

wau.. kuningnyer.. tp lawa..
http://www.duitlama2u.blogspot.com/

- zuriey - said...

lan_ax : a'ah. cam kuning di raja

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.