RSS

Wednesday, October 6, 2010

Aishah sudah berumah tangga untuk kali ketiga



Penyanyi lagenda Aishah telah pun berumah tangga buat kali ketiga tetapi perkahwinannta itu tidak dihebohkan (dirahsiakan). Aishah dan suaminya Faizal Sazali Zulkifli telah berkahwin di sempadan.Mereka memilih untuk tidak menghebahkan perkahwinan ini kerana mereka mahu bersikap low profile.

Aishah dan suami telah bernikah pada 30 April lalu di Thailand. Berikut merupakan statement Aishah bila ditanya mengenai pernikahan mereka di Thailand.

Kami bernikah di Thailand kerana waktu itu suami saya belum mendapat surat cerai. Untuk mendapatkan surat cerai bukannya mudah. Terlalu banyak proses dan terpaksa menunggu untuk satu tempoh yang agak lama. Memandangkan kami mahu bernikah awal kerana tidak mahu menimbulkan sebarang fitnah, jika asyik dilihat sentiasa berdua ke mana saja kami pergi. Suami saya banyak menemani saya. Pernikahan di Thailand itu pun tiada kena mengena dengan soal poligami. Bukan niat kami nak lari dari sesiapapun. Kami bernikah pada 30 April lalu.


Nak tahu lagi baca BeritaHarian. Semoga Aishah berbahagia hendaknya.

P/S: Nikah kat Thai sah ke tak eh? Tukang nikah diaorang leh caya ke?


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.