RSS

Saturday, October 30, 2010

6 November tarikh lihat anak bulan


Minggu depan Deepavali dan tak lama lagi Hari Raya Haji pula. Kejap je dah hujung tahun. Untuk penentuan tarikh Hari Raya Aidil Adha, penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Zulhijjah pada 6 November ini, bersamaan 29 Zulkaedah.Perkara itu telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja juga turut mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Korban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, akan membuat perisytiharan mengenai tarikh Hari Raya Qurban, menerusi radio dan televisyen pada malam itu juga.

Tak lama lagi dah tue. Baju raya tak prepare lagi ni. hehe.. Selalunya raya haji tak berapa meriah kat kampung aku berbanding raya puasa. Tak tahulah nak balik ke tak raya haji nanti. Biarlah masa dan keadaan yang menentukan :-)




Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.