RSS

Thursday, September 23, 2010

Tun Mahathir The Musical



Muzikal Tun Mahathir akan menemui anda di Panggung Sari Istana Budaya bermula 24 September - 4 Oktober 2010. Sejak aku menonton Cuci The Musical rasa jatuh cinta pula dengan teater ni. Kalau sapa nak sponsor aku tengok Tun Mahathir The Musical, kecil tapak tangan nyiru aku tadahkan.

Sinopsis Muzikal Tun Mahathir

Menceritakan bagaimana kehidupan zaman kanak-kanak, keluarga, rakan-rakan, pendidikan, penjajahan dan segalanya yang menjadi motivasi kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjadi pemimpun yang ulung. Sifat kepimpinan beliau terserlah sejak zaman kanak-kanak lagi. Beliau mengetuai penentangan terhadap Malayan Union dan kemasukan tentera Jepun. Perjalanan hidup sebagai seorang doktor Melayu yang ingin membantu bangsanya dan ahli politik yang ada pasang surut juga ditampilkan. Begitu juga tentang dilema dan kejayaan yang digapainya semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Keseluruhannya digambarkan dalam bentuk dialog, lirik lagu dan gerak yang disesuaikan dengan fakta sebenar yang diperakukan oleh Tun Mahathir sendiri.

Antara pelakon yang terlibat dengan Muzikal Tun Mahathir


Shafieq Shazwan sebagai Tun Mahathir Kanak-kanak


Zizan Nin sebagai Tun Mahathir ketika muda


Esma memegang watak Tun Mahathir yang lebih berusia


Erra Fazira sebagai Tun Dr. Siti Hasmah.



Untuk maklumat lanjut layari muzikaltunmahathir


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

4 comments:

Mario said...

mcm best je teather ni ek...tp jauh le...mmmm

hamzah ian said...

kalau ade tiket free..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

aku bangga dengan tun

- zuriey - said...

Mario : sekali sekala dtgla KL..
hamzah ian: mana nak dapat tiket free
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o : samala kita

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.