RSS

Monday, September 27, 2010

Tulang milik Syafik Abdullah dijumpai

Petunjuk baru bagi kes kehilangan Mohd Syafik Abdullah 37 telah ditemui. Polis telah menjumpai sejumlah serpihan tulang dipercayai tulang manusia selepas menggali beberapa kawasan di sekitar ladang ternakan di Ladang Gadong, Tanjung Sepat semalam. Berkemungkinan tulang tersebut merupakan tulang Syafik.

Sebelum ini isteri Syafik, Samson Nahar Dali, 35, dimaklumkan oleh polis bahawa 95 peratus kemungkinan suaminya telah dibunuh.Ia adalah berikutan pengesahan salah seorang suspek yang mengaku melakukan jenayah itu selain polis juga menemui seutas jam tangan berjenama Polo milik mangsa tersebut.

Berkemungkinan mayat Syafik turut di tanam di ladang tersebut. Kematian Syafik ini juga berkaitan dengan suspek utama yang merupakan seorang peguam dan juga ada kaitan dengan kes Sosilawati.

Rasanya semua ahli perniagaan yang pernah berurusan dengan peguam ni memang akan menjadi mangsa. Kenapa tamak sangat peguam ni. Dah lah semua mangsa dibunuh dengan kejam. Memang tak berhati perut. Harap kepada ahli keluarga semua mangsa tabah dalam menghadapi dugaan ini.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.