RSS

Tuesday, September 14, 2010

Tengku Faris Sultan Kelantan yang baru



Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa semalam. Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di Kota Bharu pada pukul 12.30 tengah hari.

Pemasyhuran itu dilaksanakan mengikut Perkara 29 A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan Bahagian Kedua, sekali gus membolehkan putera sulung Tuanku Ismail Petra itu menaiki takhta kerajaan negeri Kelantan.

Difahamkan, pada mesyuarat MPN kira-kira jam 9 pagi semalam, hanya dua ahli iaitu Tengku Razaleigh Hamzah dan Tengku Amalin A’ishah Putri tidak hadir, manakala 15 yang lain sebulat suara menyokong pelantikan itu.

Mengakhiri pemasyhuran dengan laungan takbir Allahuakhbar sebanyak tiga kali, Tuanku Muhammad Faris Petra sah sebagai Sultan Kelantan, berkuatkuasa semalam selepas satu mesyuarat khas diadakan MPN di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kelantan, Kota Darulnaim.

Sumber: Harian Metro


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.