RSS

Monday, September 20, 2010

Sudah ada yang berdaftar di Sekolah Harapan


Aku memang suka cerita tentang sekolah harapan ni. Yelah lain dari yang lain. Nak tahu juga camne dia beroperasi dan kesannya nanti.Hari ini baru aku tahu lokasi sebenar sekolah harapan ni. Selama ni tahu kat jasin je tapi tak tahu kat pelosok mana. Ada gak niat nak pergi tengok sekolah tu tapi tak tahu kat mana kan. Rupa-rupanya beroperasi di dua bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad.

Hari ini 5 pelajar hamil yang telah berdaftar di sekolah tersebut berusia 16 dan 17 tahun termasuk seorang Cina. Pendaftaran sekolah ini boleh juga dilakukan secara online diselia JAIM tapi aku tak tahu lah kat laman web mana. Empat daripada mereka bersekolah dalam tingkatan lima dan seorang dalam tingkatan empat masing-masing berasal dari negeri Melaka, Johor, Pahang, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan

Ada satu soalan bermain di fikiran camne eh bila pelajar tersebut dah bersalin. Camne dengan pelajaran diorang. Kalau bersalin masa cuti tak pe juga. Ini bersalin dalam kelas. Lepas tu nanti diorang nak sambung balik silibus camne. Ermm..

Sumber : Utusan Malaysia


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

2 comments:

MOFASAD said...

nak daftar gak gak la... uhuhu

- zuriey - said...

MOFASAD: ngandung gak ke..

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.