RSS

Tuesday, September 14, 2010

Sosilawati dan 3 yang lain disembelih seperti binatang


Memang tak berperikemanusiaan betul diorang yang melakukan jenayah ini.Semuanya telah dirancang awl dan sempurna. Arwah Sosilawati dan 3 lagi mangsa dipercayai disembelih menggunakan senjata tajam. Mengikut sumber mereka semua dikelar di leher sebelum mayat mereka di bakar menjadi abu.

Memang sadis betul bila baca berita mengenai kematian Sosilawati. Dahla dibunuh dengan kejam, lepas tu abu dan cabisan tulang-tulang mangsa dibuang di dalam Sungai Panchau, malah turut dibuang ke dalam beberapa parit kecil berhampiran yang arusnya mengalir ke laut. Sungguh kejam betul si penjenayah.

Dalam sidang akhbar kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin memberitahu empat mangsa berkenaan dipercayai diseksa, dibelasah, selain ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah.

Penjenayah yang seolah-olah tidak mempunyai belas kasihan mencurahkan petrol sebelum membakar mayat mangsa sehingga menjadi abu bertujuan menghilangkan bukti jenayah.

Penjenayah kemudian mengutip cebisan dan abu mayat semua mangsa yang dimasukkan ke dalam guni atau bekas tertentu sebelum dibuang ke Sungai Panchau, di sini, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dibunuh.


Keluarga arwah Datuk Sosilawati Lawiya, 47, berhasrat untuk mengebumikan jutawan kosmetik di kampungnya, di Kampung Seri Menanti, Sri Medan. Walaupun hanya cebisan tulang yang tinggal tetapi keluarga mahu semadikan arwah dengan sempurna dan ada kubur untuk mereka lawati nanti. Semoga roh arwah Sosilawati, pemandu, pegawai bank dan peguam dicucuri rahmat.



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.