RSS

Tuesday, September 21, 2010

Siti Kelembai menggantikan Ular Emas

Semalam start drama Lagenda Tv3 yang baru iaitu Siti Kelembai. Cerita Ular Emas dah pun abis minggu lepas. Best citer Ular Emas tue walaupun kadang-kadang nampak tak logik. Cuma ending dia je tak cukup mantap. Abang aku kata mesti ada sambungan nanti. Yela macam citer Anak Betung tue, disambung pula dengan citer Cucu Betong

Semalam layan jap Siti Kelembai ni, not bad gak citer ni. Tapi awal lagi nak komen citer ni best ke tak. Jom kita usha sinopsis pasal citer ni. Nanti leh tangok di TV3 jam 4.30 petang,ulangan TV9 jam 8.30 malam atau pun boleh layan kat tonton.com.my



Sinopsis Siti Kelembai Slot Lagenda TV3

Kalau ikut cerita dongeng zaman dulu kala, Sang Kelembai mempunyai kuasa yg boleh sumpah orang jadi batu. Dulu duk baca selalu buku cerita memang duk jumpa la kisah kelembai ni. Tapi kisah Siti Kelembai ni tak penah pulak dengaq hehehe..

Sang Kelembai kalau teguq (tegur) apa apa benda terus jadi batu, dia ni pantang ja bunyi bising nanti dia akan teguq so benda tu nanti jadik keras belaka la.

Berbalik pada drama ni, drama Siti Kelembai terbitan MIG ni,
Walaupun tkde sinopsi penuh tapi dari gambaran promo tu dan jalan cerita boleh le nak cerita sikit..
Siti Ratna ialah anak kepada saintis (Eizlan Yusof ) yang sangat minat mengkaji tumbuh-tumbuhan dan selalu masuk ke dalam hutan untuk buat kajian. Eizlan Yusof ni bapa tunggal dan dia cuma tinggal dengan Siti aje.

Drama Siti Kelembai di slot lagenda yang baru ni banyak aksi aksi komedi dan watak Siti dan kawan baiknya di kolej iaitu Moin (lakonan Fizo Omar ) yang macam lurus tu agak lucu jugak le. Moin sebenarnya menaruh hati kat Siti ni.

Tiba-tiba Siti ni dapat kuasa luar biasa dan perwatakan Siti pun dah berubah dan dia tak lurus bendul dan tak makeup yang bukan bukan lagi. Adakah Siti akan melupakan Moin selepas Siti dapat kuasa luar biasa tu?
nak tau macam mana Siti boleh jadi macam tu dan kesudahan kisah cinta Moin dan Siti kena le tengok episod sterusnya..heheheh!!

Pelakon dalam Drama Siti Kelembai: Fizo Omar, Yana Samsudin, Putri Mardiana, Bob Lokman, Cat Farish, Eizlan Yusof,Jasmin Hamid dan ramai lagi.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.