RSS

Monday, September 20, 2010

Semua stokis Nouvelles Visage dibuka seperti biasa hari ini


Semalam, anak sulung arwah Sosilawati mengumumkan bahawa semua operasi syarikat dan stokis akan berjalan seperti biasa. Anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25 akan menggantikan tempat arwah ibunya. Semoga perniagaan mereka akan berjalan lancar.

Hari ini dalam akhbar melaporkan bahawa Sosilawati didakwa menjadi mangsa tipu pekerja sendiri. Duit syarikat kena songlap oleh pekerja yang tak amanah. Tapi Sosilawati tidak membuat sebarang laporan polis berhubung penyelewengan berkenaan. Kemungkinan semua bukti penyelewengan dilakukan pekerjanya itu sudah dihapuskan. Memang cilik pekerja berkenaan.

Orang kalau dah tengok duit banyak mana boleh tahan. Duit orang lain pun boleh tukar jadi duit sendiri. Gelap mata tengok duit banyak-banyak. Lagi-lagi bos takde kat ofis, naik tocang lah diorang. Pesanan kepada semua, jadi pekerja yang amanah. Susah mana sekali pun kita jangan kita amik harta orang secara haram. Nanti jadi darah daging kita payah jadinya, tak berkat. Kalau nak minta elok-elok.

Sumber: Utusan Malaysia


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

3 comments:

MOFASAD said...

kalau da duit. macam2 boleh buat.

~ ReD ~ said...

gila kan dunia skrg ni?haihhh

Review Filem Piranha : Bersilat Dalam Wayang

- zuriey - said...

MOFASAD : memang..duit punya pasal halal haram pun tak fikir lagi
~ ReD ~: memang gila....

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.