RSS

Thursday, September 16, 2010

Selamat Menyambut Hari Malaysia


16 September 1963 merupakan tarikh penggabungan Semenanjung Malaysia, Singapura (diisytihar keluar daripada Malaysia pada 1965), Sabah dan Sarawak menjadi sebuah negara iaitu Malaysia. Bermula tahun 2010, kerajaan Malaysia mengambil satu cuti khas bagi memperingati hari penggabungan ini.

Asalnya pembentukan Malaysia dicadang pada tanggal 31 Ogos 1963, pun begitu disebabkan beberapa bantahan yang dibuat oleh negara serantau seperti Filipina dan Indonesia, maka ia dilambatkan kepada 16 September.

16 September tidak boleh dilihat sebagai kelepasan umum semata-mata. Ia perlu dilihat sebagai satu unsur penyatuan budaya dan sejarah, di antara Semenanjung Tanah Melayu dan Sabah-Sarawak. Biarpun terpisah dari aspek geografi, tetapi dari aspek roh kenegaraan ia telah tersemai sekian lama.

Tarikh 16 September juga merupakan tarikh penting setanding dengan tarikh hari kemerdekaan kita 31 Ogos. Selamat Hari Malaysia diucapkan. Semoga jenayah di negara ini akan berkurangan.

Ingin mengetahui sejarah penubuhan Malaysia dengan lebih lanjut? Klik DI SINI.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.