RSS

Thursday, September 23, 2010

Sambutan Aidilfitri POS 2010


Semalam merupakan sambutan hari raya di ofis aku. Apa lagi, pakai baju raya lah semalam. Memang saat ditunggu-tunggu oleh semua orang. Yelah dapat makan free dari pukul 11 pagi sampai 5 petang. Memang seronok, nak buat kerja pun rasa malas je..hehe..Mood raya katakan.

Banyak sebenarnya yang aku nak ceritakan. Gambar pun banyak aku nak kongsikan. Yelah kemeriahan menyambut raya dengan ofismate. Memang bergambar sakan. Bila lagi nak amikkan kalau bukan time camni. Aku rasa kena ada entry sambungan lah. Antara juadah yang disediakan.











Macam-macam ada, semuanya aku rasa. Nasi je yang tak larat nak masuk sebab perut dah pack sangat masa tu. Antara makanan yang aku makan semalam. Kuantiti sikit tapi makan berulang.


Menu utama, nasi impit dengan rendang ayam dan daging.


Spageti, ada kata spegeti ini telebih rasa halia. Aku tak tahu lah sebab tak biasa makan.


Cendol yang rasanya agak pelik, tak habis pun makan.huhu


ABC ni memang sedap.


Pencuci mulut.



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.