RSS

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri 2010


Hari ini merupakan hari terakhir umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun ini. Sekejap sahaja sudah sebulan berlalu. Ramadhan akan berakhir dan Syawal akan menjelang tiba. Aku telah pun selamat sampai di kampung semalam, alhamdulillah. Semoga semua yang dirancang sepanjang Syawal ini akan berjalan dengan lancar.

Sempena raya ini, aku menyusun sepuluh jari kepada semua yang mengenali diri ini dan kepada semua pembaca. Biasa lah dalam menulis ini kadang-kadang terlepas pandang. Tak perasan boleh mengguris hati orang lain. Tiada niat untuk buat begitu. Aku menulis apa yang aku rasa patut aku kongsi dengan semua.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010 kepada semua. Maaf zahir dan batin. Kepada yang baru ingin pulang ke kampung, pandu dengan cermat supaya selamat sampai ke destinasi.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.