RSS

Tuesday, September 28, 2010

Rita anak Sosilawati ditemubual di Bernama


Semalam Erni Dekritawati yang lebih dikenali sebagai Rita, 25 ditemubual dalam program Kerusi Panas Radio di Bernama. Rita kelihatan tabah dalam temubual tersebut. Dalam temubual lebih sejam itu, Rita turut ditanya sama ada dia mampu menerajui perniagaan ibunya di usia masih muda, berdepan dengan persaingan syarikat lain, saman terhadap bapa tiri yang juga penyanyi, Nash termasuk status keakrabannya dengan penyampai berita Bernama-TV, Zulkifli Bujang.

Walaupun masih muda tapi Rita nampak matang dalam menjawap setiap persoalan. Lebih selesa ditanya mengenai soal perniagaan berbanding peribadi, Rita tidak mahu menangisi kematian ibunya yang tersayang. Anak sulung memang besar tanggungjawap.

“Kalau saya menangis, adik saya lagi akan menangis. Saya perlu tabah dan kental untuk bersama-sama (adik-beradik) menerajui syarikat,” kata anak sulung jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.


Yela kalau Rita ni masih sedih-sedih, siapa lagi yang teruskan usaha maknya selama ni. Aku rasa Rita perlukan juga bimbingan dari yang pakar. Yelah dia kan masih muda, orang muda ni kadang-kadang buat keputusan selalu tak fikir panjang. Walaubagaimanapun aku harap segala masalah dapat diselesaikan dan perniagaan akan terus maju.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.