RSS

Saturday, September 11, 2010

Ramainya mai rumah terbuka PM


Lebih 100,000 orang berbilang bangsa datang berkunjung ke rumah terbuka PM semalam. Wah ramainya, mesti tak cukup tangan nak layan. Rajin betul diorang ni kan. Tak balik kampung agaknya. Tak pun kampung dekat-dekat rumah PM. Aku ni memang takdelah nak merasa nak berkunjung rumah terbuka PM.

"Biarpun acara rumah terbuka untuk orang ramai bermula pada pukul 11.30 pagi, tetapi pengunjung telah mula tiba sejak pukul 8 pagi bagi mengelakkan kesesakan dan mengambil peluang untuk bersalaman dan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Majlis ini turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta menteri-menteri kabinet yang lain, yang berakhir pukul 5 petang. Seorang pengunjung, Aminah Husin, 49, berkata beliau bersama suami dan dua anak perempuannya tidak pernah ketinggalan menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan oleh Perdana Menteri sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.

Peniaga yang menetap di Nilai, Negeri Sembilan itu tidak kisah menempuh perjalanan ke Putrajaya mahupun Kuala Lumpur untuk merasai kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama pemimpin negara."


Sumber: Utusan Malaysia


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.