RSS

Tuesday, September 21, 2010

Potongan gaji untuk bayaran pinjaman PTPTN hanya melibatkan peminjam baru

Lega sikit bila baca kenyataan bahawa potongan gaji melalui LHDN jika dilaksanakan oleh kerajaan hanya akan melibatkan peminjam-peminjam baru memandangkan PTPTN perlu memberikan nombor fail kepada agensi terbabit untuk melakukan potongan gaji. Maknanya peminjam-peminjam lama tidak akan terlibat tapi sekiranya peminjam lama hendak mengikuti skim tersebut mereka perlu memohon kepada PTPTN agar ia dapat dilaksanakan oleh LHDN.

Peminjam-peminjam lama boleh bayar pinjaman mengikut kaedah-kaedah lain yang ada seperti bayar di kaunter atau pun secara online. Potongan gaji ini sebenarnya belum dibentangkan dan diluluskan oleh Kabinet. Lagi pun Jun 2011 merupakan due date di mana PTPTN menyelesaikan segala rundingan dengan LHDN dan menyerahkan cadangan kepada kementerian.

So, keputusan untuk potongan gaji ini belum diketahui bila akan dilaksanakan. May be hujung tahun hadapan atau may be tidak dilaksanakan. Kita tunggu keputusannya nanti. Apa-apa pun kepada peminjam PTPTN, kalau takut kena blacklist bayarlah hutang tu sikit-sikit. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Sumber: Utusan Malaysia


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.