RSS

Sunday, September 19, 2010

Pengasas produk kecantikan jenama Aveer mati tergantung


Belum selesai kisah pembunuhan pengasas produk kecantikan Nouvelles Visage, Datuk Sosilawati Lawiya, semalam di gemparkan pula tentang kes kematian pengasas produk kecantikan jenama Aveer, Sarina Jaafar, 43 mati tergantung. Sarina merupakan rakan Datuk Sosilawati Lawiya ditemui mati dalam keadaan tergantung di dalam bilik di rumahnya di Taman Pauh Jaya.

Sekarang ni orang-orang berada dan berkedudukan pula menjadi mangsa jenayah. Bahaya dah sekarang ni. Ada je orang nak dengki. Jom sama kita layan berita mengenai kes ini.

Kejadian itu disedari oleh anak bongsu Sarina yang berusia 16 tahun kira-kira pukul 8.30 pagi ketika masuk ke biliknya.

Bagaimanapun sehingga semalam polis masih mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan menolak sebarang kaitan dengan unsur jenayah.

Menurut anak sulung mangsa, Mohd. Azrul Affendi Zakaria, 24, ketika kejadian dia berada di Kuala Lumpur dan bergegas pulang sebaik mendengar mengenai berita kematian ibunya itu.

Tambahnya, sebelum ini ibunya pernah menyatakan rasa terkilan dengan nasib malang yang menimpa rakannya, Sosilawati yang dibunuh dengan kejam baru-baru ini.

"Ibu dan Datuk Sosilawati memang sudah berkawan lama kerana mereka sama-sama terlibat dalam bidang produk kecantikan dan sejak kebelakangan ini ibu sering memberitahu dia berasa sedih dengan nasib yang menimpa Sosilawati," katanya.


Sumber: Kosmo


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.