RSS

Monday, September 20, 2010

Peminjam PTPTN wajib bayar pinjaman melalui potongan gaji


Mulai Jun 2011, semua peminjam PTPTN dikehendaki membayar hutang PTPTN melalui potongan gaji. Langkah ini dibuat kerana masih ramai yang tidak membayar pinjaman walaupun pelbagai cara untuk membayarnya boleh dilakukan. Potongan gaji akan dibuat dengan meletakkan gaji minimum bagi pekerja yang akan diberitahu kemudian.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, mulai Jun tahun depan, semua peminjam terutama lebih 46,000 peminjam yang liat membayar pinjaman mereka akan diwajibkan membayar balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ismail yang memegang jawatan sebagai Pengerusi PTPTN bermula 1 September lalu berkata, pelaksanaan itu akan membabitkan pindaan Akta PTPTN 1997.

Katanya, cadangan bagi meminda undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun depan.

"Kita akan membincangkan mengenai pindaan Akta PTPTN 1997 berhubung perkara itu pada hujung bulan ini dengan pihak LHDN dalam mesyuarat ahli lembaga dan cadangan itu akan dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun depan," katanya pada majlis jamuan Aidilfitri Parlimen Kuala Krau dekat sini semalam.


Bagi pendapat aku, peminjam perlu diberi pilihan lah untuk membayar balik pinjaman. Kadang-kadang peminjam mempunyai sebab tertentu kenapa tidak membayar pinjaman. Mungkin peminjam datang dari keluarga yang susah dan gaji pun tak seberapa. Yelah baru abis belajar gaji besar mana je kan.. Nak wajibkan potongan gaji pun boleh tapi biarlah dengan kadar berpatutan


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.