RSS

Wednesday, September 29, 2010

Pelakon Titanic meninggal dunia

Pelakon Titanic??? Bukan hero dan heroinnya eh. Tetapi watak nenek yang menceritakan semula peristiwa Titanic tersebut, Gloria Stuart. Ingat tak? Citer Titanic for sure ramai yang ingat kan.



Ingat tak bila tengok gambar ni. Kalau tak ingat juga, mesti tak pernah tengok Titanic. Gloria Stuart, 100, meninggal dunia akibat kesukaran untuk bernafas di rumah anak perempuannya, di Los Angeles, lewat Ahad lalu.

Mendiang menghidap kanser paru-paru sejak lima tahun lalu tetapi dalam masa yang sama, Stuart juga adalah penghidap kanser payudara sejak 20 tahun lalu.

Stuart dilahirkan di Santa Monica, California pada 1910 dan memulakan kariernya sebagai pelakon semasa beliau menuntut di sebuah kolej tempatan.

Beliau kemudiannya menandatangani kontrak bersama Universal Studios dan beraksi dalam filem pertamanya 'The Old Dark House' serta filem seram klasik yang lain pada era 30-an.


Memang malatop dia ni masa muda-muda dulu.

Sumber: Sinar Harian


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.