RSS

Thursday, September 16, 2010

Nuffnang di dada akhbar



Nuffnang kini semakin dikenali di kalangan blogger dan menjadi jenama komuniti pengiklanan blog yang hebat, bukan sahaja terkenal di Malaysia malah juga di negara-negara jiran terutama Singapura, Australia dan Filipina. Tempoh hari berita mengenai Nuffnang boleh di baca di dada akhbar KOSMO bahagian Infiniti bertajuk Pendapatan lumayan dengan Nuffnang

Memang tidak dinafikan, ramai yang mendapat pendapatan tambahan melalui Nuffnang. Di sini aku sertakan sedikit fakta yang dipetik dari akhbar berkenaan.



Menarik tentang syarikat Nuffnang Sdn. Bhd. yang terletak di Kuala Lumpur, ia diteraju jejaka yang baru berusia 26 tahun. Timothy Tiah, sebagai pengarah urusan, turut meneraju cawangan Nuffnang bersama pengasas bersama, Cheo Ming Shen yang kini menguruskan pejabat di Singapura.

Menurut Timothy, blogger mampu menjana pendapatan lumayan berdasarkan jumlah pelawat blog. Semakin tinggi jumlah pelawat semakin tinggi pendapatan sehingga mampu mencapai puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan.

Menceritakan kewujudkan Nuffnang, Timothy memberitahu idea itu timbul di London ketika dia dan Ming Shen berbual mengenai pelan perniagaan mereka apabila pulang ke tanah air. Kedua-dua mereka adalah pelajar jurusan perniagaan dan bermula sebagai blogger.

Katanya, pada akhir tahun pertama Nuffnang ditubuhkan iaitu pada tahun 2007 mereka berjaya mengumpulkan sebanyak 7,523 orang blogger dan ia meningkat kepada 30,708 pada tahun 2008. Tahun 2009 pula jumlahnya meningkat kepada 68,455 orang, manakala sehingga Ogos lalu jumlahnya ialah 105,464 orang blogger.


Nampaknya semakin hari semakin ramai yang berminat dengan dunia blogging ini. Disamping boleh menajana pendapatan, kita juga boleh berkongsi pengalaman dan info bersama pembaca. Kita juga boleh menambah kenalan melalui alam maya ini. Kepada yang bosan tak tahu nak buat apa, ini boleh dijadikan sebagai satu hobi yang bagus. Selamat menjana pendapatan bersama Nuffnang.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.