RSS

Tuesday, September 14, 2010

Norman dan Memey bertunang


Akhirnya pasangan yang banyak menimbulkan kontroversi kerana di tangkap khalwat,Memey dan Norman telah selamat bertunang semalam di kediaman Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1. Pada majlis yang bermula pada pukul 4.30 petang itu, rombongan lelaki membawa lima dulang hantaran dan pihak perempuan membalasnya dengan tujuh dulang hantaran.



Semua spekulasi telah terjwap sekarang. Bak kata pepatah "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga", "Kalau takde angin masa kan pokok bergoyang". Semoga hubungan diorang akan berkekalan.

Pandangan Memey terhadap Norman

“Abang memang seorang lelaki yang baik dan mampu membimbing saya serta keluarga kami nanti. Saya yakin dengan sifat kebapaannya. Soal keserasian tidak perlu lagi dibicarakan kerana sejak dari awal perkenalan kami lagi, rasa selesa dan gembira itu memang ada dan kekal antara kami,” katanya.

Pandangan Norman terhadap Memey

“Memey seorang wanita yang sukar saya terjemahkan dengan kata-kata kerana kejujuran serta keikhlasannya dalam menerima diri saya sebagai seorang duda dengan tiga anak adalah aspek utama yang menyentuh perasaan,” katanya.

Sumber: Kosmo dan Metro


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.