RSS

Saturday, September 18, 2010

M.Rajoli meninggal dunia


Hilang seorang lagi bintang seni di Malaysia. M Rajoli, 65 atau nama sebenarnya Mohd. Rajoli @ Mohd. Rajab telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.45 malam di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif.Allahyarham dijadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur hari ini.

Allahyarham meninggalkan dua orang isteri, Hashimah dan Wan Chik Othman. Bersama Hashimah, M. Rajoli mempunyai empat orang anak iaitu Siti Zaleha, 34; Nur Muhammad, 33; Siti Nazirah, 27, dan Mohd. Ariff. M. Rajoli disahkan menghidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun lalu dan dijaga sepenuhnya oleh isteri pertamanya, Hassimah Mat Din.

ARwah bagi aku memang seorang pelakon yang hebat boleh membawa pelbagai watak dengan jayanya. Lagi-lagi bila dapat watak yang kelakar memang mecuit hati bila melihat lakonannya. Teringat lagi satu watak di mana arwah menjadi seorang duda (kalau tak silap) mengorat seorang janda dengan motor berkuasa tinggi. Lagaknya seperti orang muda, memang bergaya.

Yang hidup pasti akan mati. Sama-sama kita sedekahkah surah Al-Fatihah kepada arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Sumber: mStar


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.