RSS

Thursday, September 23, 2010

Marion Caunter pengacara terbaru The Biggest Loser Asia Musim Kedua



Rancangan realiti untuk menurunkan berat badan,The Biggest Loser Asia kini masuk musim kedua. Musim ini, rancangan ini tidak dikendalikan lagi oleh Sarimah Ibrahim. Sarimah merupakan pengacara untuk rancangan ini pada musim pertama. The Biggest Loser Asia 2 telah bermula pada 21 September lalu di saluran Hallmark.

Bercerita sedikit mengenai Marion, difahamkan yang beliau akan memeluk Islam awal Oktober ini. Alhamdulillah, beliau telah mendapat hidayah dari Tuhan. Harapnya penghijrahan ini dilakukan tulus dari hati Marion kerana Allah dan Islam.

“Saya selalu terdengar orang tanya, apa boleh Marion yang beragama Kristian berubah selepas memeluk Islam? Sejujurnya, saya sudah agak akan ada pertanyaan rigid seperti ini. Terus terang, saya meyakini keputusan saya.

“Ya, saya akui, susah memang susah. Malah, saya tidak mahu berpura-pura mengatakan ia senang. Keadaan ini berlaku kepada sesiapa saja yang menukar agama asal kepada baru. Tetapi, berilah peluang kepada saya untuk membuktikan diri dari semasa ke semasa,” katanya.


Tahniah kepada Marion Caunter kerana dapat menjadi hos untuk The Biggest Loser Asia 2. Selamat memeluk agama Islam. Satu tindakan yang harus dipuji.

P/S: Hari tu kalau tak silap Bob Kuman ada pergi sesi ujibakat rancangan ini. Dia dapat ke tak eh masuk pertandingan ini??

Sumber: Kosmo


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

1 comments:

SYaMiLa said...

sya mmg suka tgk program ni...

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.