RSS

Wednesday, September 15, 2010

Kunci kereta Sosilawati dijumpai


Semalam banyak bahan bukti dijumpai oleh pihak polis. Suspek yang ditahan polis telah menunjukkan di mana mereka membuang bahan bukti tersebut. Antara yang dijumpai ialah enam keping zink di dasar Sungai Kanchong Laut di Kampung Endah, Ladang Gadong, Tanjung Sepat disini yang dipercayai dijadikan sebagai pelapik untuk membakar mayat Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.

Selain itu polis juga menemui kunci dan jam dipercayai kunci kereta dan jam tangan Sosilawati, sebatang besi tajam dan juga sejenis senjata berbentuk kerambit sepanjang 30 sentimeter. Selain itu 2 telefon bimbit juga dijumpai di dalam sungai tersebut.

Selain bahan bukti yang ditemui, semua mangsa dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki lain dikatakan pada mulanya dipukul dengan kayu kriket dan senjata tumpul lain dengan tujuan melemahkan mereka sebelum tangan diikat menggunakan dawai. Yang paling tragis lagi, tubuh mereka dilumur dengan tahi lembu sebelum semua mangsa dibakar bagi menghilangkan bukti kes pembunuhan kejam terbabit.

Tubuh mereka dilumur dengan tahi lembu sebelum semua mangsa dibakar bagi menghilangkan bukti kes pembunuhan kejam terbabit.Difahamkan, tahi lembu digunakan untuk mempercepatkan proses pembakaran semua mangsa terbabit dengan tujuan menghilangkan bukti bagi mengelak perbuatan mereka dihidu.

Memang kejam betul lah perbuatan diorang ni. Memang diorang takkan terlepas dari hukuman di dunia dan di akhirat. Dah la seksa semua mangsa dengan kejam, di bakarnya pula dan dibuang abunya. Memang pembunuhan paling kejam yang pernah dilakukan.

Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.