RSS

Friday, September 24, 2010

Potong gaji bagi pembayaran balik PTPTN wajib mulai 2013

Isu potongan gaji untuk pembayaran balik PTPTN menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini sudah terjawap. Skim itu akan bermula pada tahun 2013 di mana hanya membabitkan pelajar yang mula mendapat pinjaman tahun ini.

Selain isu ini, aku nak kongsi sikit mengenai pertukaran pinjaman (3%) kepada pembiayaan pendidikan ujrah (1%). Semalam buka kat laman PTPTN dan aku terbaca info penting ini. Proses pertukaran ini akan dilakukan secara berperingkat.

Jadual Kemaskini Maklumat Bagi Proses Penawaran Ujrah

TAHUN KELULUSAN PINJAMAN TARIKH MULA KEMASKINI
2006, 2007 dan 2008 20/9/2010
2003, 2004 dan 2005 01/11/2010
2002 dan tahun-tahun sebelumnya 01/12/2010

Lepas ini, bila tiba je tarikh kemaskini, sesiapa yang terlibat perlu mengemaskini maklumat di laman web kemaskini Ujrah. Selepas itu PTPTN akan proses penawaran pembiayaan Ujrah.PTPTN akan keluarkan surat tawaran Ujrah/panduan pengisian kepada peminjam melalui email. Peminjam perlu menghantar perjanjian kepada PTPTN melalui pos berdaftar untuk tindakan penyelarasan kos pentadbiran.

Kepada semua peminjam PTPTN, kalau nak tukar kepada pembiayaan Ujrah make sure anda alert dengan tarikh tersebut. Untuk keterangan lanjut layari PTPTN atau hubungi talian Hotline PTPTN (03-2080 4455) jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dari Isnin hingga Jumaat (Kecuali cuti umum).


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.