RSS

Wednesday, September 22, 2010

Kes lari rumah

Semalam kembar yang dilaporkan hilang raya kedua lalu telah dijumpai di Pulau Pinang. Walaubagaimanapun aku rasa kes kehilangan ni bukan kerana diculik atau di bawa lari tetapi ini merupakan kes lari rumah. Pasangan kembar yang dijumpai tidak mahu pulang ke rumah semasa ditemui.

Keputusan itu dibuat pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sentosa, Kampar itu sebaik sahaja ditahan bersama rakan, Suhaili Abdul Razak, 14, dan teman lelaki mereka, Mohd. Akmal Halim Ismail, 19, dan Shahrizan Zakaria, 20.

Kesemua mereka termasuk teman lelaki Nurulain, Khairul Azhar Anuar atau Roy yang kini sudah pulang ke Kampar, menumpang di rumah pasangan suami isteri yang berkerja sebagai pengawal keselamatan.

Menurut polis, ketika serbuan pada pukul 8.20 pagi, kesemua remaja perempuan berkenaan tidur di atas sofa di ruang tamu manakala remaja lelaki yang merupakan bekas pengawal keselamatan berada di lantai sebuah bilik tidur.


Kenapalah budak-budak ni taknak balik rumah agaknya? Dah bagus-bagus ada tempat tinggal pergi pula larikan diri. Tak faham aku, apa yang diorang nak. Dahla usia masih muda, besok kalau apa-apa terjadi mak bapa juga yang diorang cari. Kepada yang ada niat nak lari rumah tu, fikir masak-masak. Dah boleh berdikari ke kalau duk kat tempat lain. Aku yang dah kerja ni pun rasa taknak duduk kat rumah sewa, kalau boleh nak duduk je kat rumah.

Sumber : Kosmo


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.