RSS

Tuesday, September 7, 2010

Kereta Sosilawati dah jumpa tapi tuannya tiada.

Salah satu petunjuk bagi kes Sosilawati telah pun ditemui. Kereta hak milik Sosilawati jenis BMW X5 dengan nombor pendaftaran WTL 11 warna hitam telah berjaya ditemui polis di tempat letak kereta Flat Angsana USJ1. Sebuah lagi kereta milik peguam yang hilang bersama Sosilawati dijumpai di tempat letak kereta depan Hotel Dorset. Kedua-dua kereta ini difahamkan di dalam keadaan yang baik.

Apakah maksud misteri kehilangan Sosilawati ini? Adakah memang betul mereka diculik?
Memang seribu persoalan bermain-main di minda. Kalau mengikut ramalan aku yang banyak tengok Detective Conan ni, aku rasa diorang ni memang kena culik lah. Yela diorang semua kan berpangkat tinggi dan berharta.

Tapi bila difikirkan balik, kalau diorang ni kena culik mesti penculik ni akan telefon keluarga diorang untuk tebusan. Tapi mengikut berita sebelum ini Sosilawati hilang bersama RM4 juta. Kemungkinan RM4 juta sudah cukup memadai untuk penculik tu. Yela ni kan nak raya, semua orang nak guna duit.

Apa-apa pun kita doakan mereka selamat dan tidak di apakan. Biar polis menjalankan tugas mereka. Kita tunggu berita selanjutnya.



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.