RSS

Monday, September 6, 2010

Kemanakah Datuk Sosilawati menghilang?



Pengasas produk kecantikan Novelle Visages, Datuk Sosilawati dilaporkan hilang bersama peguam, pegawai bank dan pemandu. Datuk Sosilawati yang merupakan bekas isteri penyanyi terkenal, Nash tidak pulang ke rumah sejak 30hb yang lalu. Labih kurang seminggu Datuk Sosilawati ini hilang. Persoalannya, di manakah Datuk Sosilawati sekarang?

Terkejut juga bila dengar berita mengenai Datuk ni. Adakah ini merupakan kes rompakan dan penculikan? Yelah difahamkan, sebelum dilaporkan hilang, Sosilawati yang berasal dari Batu Pahat, Johor dipercayai telah mengeluarkan wang sebanyak RM4 juta kononnya bagi membeli sebidang tanah di Banting, Selangor. Mungkin ini merupakan salah satu faktor Datuk Sosilawati hilang.

Kasihan pada keluarga Datuk Sosilawati. Yelah lagi beberapa hari sahaja lagi nak raya. Mesti risau dibuatnya. Kalau aku jadi anaknya, memang tak boleh duduk diam lah. Nak-nak mak kita tue orang kaya. Macam-macam spekualsi boleh dibuat. Harap-harapnya Datuk Sosilawati akan dijumpai sebelum raya nanti.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

1 comments:

Sharinginfoz said...

hmmmm agak2 nya ke mana menghilangnya

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.