RSS

Friday, September 3, 2010

Kad raya masih menjadi pilihan



Semalam tengok berita TV1, tiba-tiba cerita pasal kad raya di pejabat pos. Wah, memang banyak betul kad raya tahun ni. Sampai tak cukup tangan diorang. Siapa yang masih nak hantar kad raya, cepat2 hantar. Takut nanti tak sampai kad raya sebelum raya.Nampaknya kad raya masih lagi digunakan walaupun banyak kemudahan lain seperti sms, mms dan email. Rasanya kad raya mempunyai value yang tersendiri. Perasaan dapat kad raya lain sikit berbanding sms ucapan raya.

Teringat masa sekolah dulu, bersemangat bila dapat kad raya. Siap buat koleksi. Yang paling tak tahan siap gantung kat dinding tue. Kad raya beli sendiri pun gantung juga. Rasa seronok bila orang datang rumah tengok. Yang paling best ucapan yang selalu ditulis di kad raya masa zaman muda-muda dulu. Ala pantun 2 kerat tu. Takkan tak tahu, kalau tak ingat meh aku ingat kan balik.

Pecah Kaca Pecah Gelas,
Sudah Baca Harap Balas

Pecah Kaya Pecah Tong,
Sudah Baca Harap Gantung

2 pantun ni lah yang paling glamer dulu.. Tapi sekarang dah takde dapat lagi kad raya. Nak bagi kad raya pun dah malas. Dah takde feel. Sebabnya sume dah guna sms je. Yela senang, ringkas dan jimat.

Apa pun kalau sesiapa nak bagi kad raya kat aku, aku terima saja. Memang tersentuh hati dapat kad raya sekarang ni. Kepada semua, walaupun dunia makin canggih tapi tradisi lama jangan dilupakan k.



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

4 comments:

~ ReD ~ said...

sadis woo tahun ni xde kad raya..isk2..

Kanak-Kanak Pun Tahu Erti Frust

kak ina kl said...

wah tahniah ek dapat gi berbuka puasa tu..jangan lupa ambil gambar ek.

Bro Framestone said...

tahun nie xterasa lagi nk membeli kad raya.. entah la... cam xde yg menarik je

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

- zuriey - said...

~ ReD ~ :yeker..aku pun
kak ina kl: thanks..
Bro Framestone : yeker.. apa yang xmenarik.. kad raya tue ke..hehe

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.