RSS

Thursday, September 16, 2010

Jumbo Gajah Biru


Semalam aku tengok movie Jumbo Gajah Biru di Astro Citra. Dah takde cerita lain yang nak dilayan, layan kartun pun jadi lah malam tadi. Best gak cerita kartun tue. Cerita mengenai gajah dan manusia.



Teraju utama suara Jumbo adalah Akim dan Mila sebagai Luna. Filem animasi ini berasal dari Thailand tetapi telah di alih bahasa ke bahasa Melayu.

Sinopsis Jumbo Gajah Biru

Selepas peperangan yang dikenali sebagai Peperangan Gajah, JUMBO telah dipilih untuk menjadi Gajah Diraja bagi Raja Naresuan. Namun posisinya sebagai Gajah Diraja telah menimbulkan satu dilema bagi JUMBO kerana ianya melibatkan soal hidup dan mati ahli keluarganya.


Keluarga Jumbo yang sangat comel

LUNA, isteri JUMBO secara rahsia telah mengandung dan ini menyebabkannya mahu pulang ke kampungnya untuk melahirkan bayi mereka namun tanpa disangka oleh LUNA kampugnya telah diserang oleh tentera musuh. LUNA dan penduduk kampung akhinya dijadikan tawanan oleh tentera musuh.

Kejadian ini telah menyebabkan JUMBO di dalam dilema kerana dia terpaksa memilih untuk menyelamatkan isterinya LUNA dan meninggalkan tugasnya sebagai Gajah Diraja atau meneruskan tugasnya terhadap raja dan negaranya lalu terpaksa membiarkan ahli keluarganya di dalam bahaya.

Cerita ni memang macam-macam emosi yang boleh kita rasai. Aku bagi 3.5 bintang kat filem ni sebabnya ada part yang buat aku ngantuk..heheh



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.