RSS

Monday, September 6, 2010

Iklan raya TV3, Sinari Lebaran di tarik balik


Terkejut sebenarnya bila baca paper berkenaan isu ni. Iklan ni dah disiarkan ke kat tv? Aku tak pernah pun tengok iklan ni. Ruginya aku tak dapat tengok live kat tv. Difahamkan iklan "Sinari Lebaran" itu mula disiarkan pada 2 September lalu. Tapi seklai pun aku tak pernah tengok..huhu..cian aku.. tak layan tv sangat kot

Ni aku petik sikit ayat dari KOSMO

"Antara babak yang dianggap kontroversi ialah kanak-kanak menaiki beca terbang yang mirip kenderaan digunakan oleh Santa Claus ketika sambutan Hari Natal.

Malah ada juga babak yang menunjukkan kemunculan cahaya pelita di celah-celah kelopak bunga yang berkembang kebiasaannya dikaitkan dengan perayaan Deepavali.

Iklan yang berdurasi kira-kira satu minit itu turut menyelitkan unsur-unsur khayalan menunjukkan kanak-kanak dibawa terbang merentasi beberapa mercu tanda terkenal negara seperti Menara Berkembar Petronas, jambatan mirip Jambatan Pulau Pinang dan Menara Condong Teluk Intan."


Lepas ayat ni aku baru faham kenapa kena tarik balik. Rupa-rupanya ada kaitan dengan isu sensitiviti rakyat beragama Islam. Memang patutlah kena tarik balik. Imaginasi diorang buat iklan ni terlalu tinggi sampai tak perasan boleh sentuh isu agama. Nasib pihak TV3 sedar akan kesilapan dan telah minta maaf secara terbuka. Lain kali jangan buat lagi ye TV3.

Nak tahu lebih lanjut pasal iklan ni klik di SINI



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

2 comments:

Aku Memang BeGiNi said...

terlebih semnagat 1 malaysia la tu,mmg patut kene tarik balik

- zuriey - said...

Aku Memang BeGiNi: tue lah..over la plak

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.