RSS

Sunday, September 26, 2010

Harta Sosilawati bernilai lebih kurang RM150 juta


Berita kematian Sosilawati memang mengejutkan semua. Seorang jutawan yang menjadi pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages. Selepas kematian arwah, anak sulung iaitu Erni Dekritawati Yuliana atau Rita yang menguruskan perniagaannya.

Informasi berkenaan harta Sosilawati

- Mempunyai 300 rangkaian dan cawangan perniagaan kosmetik Nouvelle Visages di seluruh negara serta Brunei, Singapura dan Thailand dianggarkan bernilai RM11.4 juta
- Bangunan Nouvelle Beauty Centre
di Kampung Baru, Kuala Lumpur bernilai hampir RM1.5 juta manakala Wisma Nouvelle yang baru dibangunkan
di Cyberjaya pula bernilai RM20 juta
- Memiliki hampir 50 rumah yang disewakan dan dianggarkan bernilai RM20 juta
- Harta dalam bidang hartanah dan pembangunan bernilai kira-kira RM100 juta
- Memiliki beberapa butik pengantin di sekitar Kuala Lumpur bernilai RM1 juta
- Turut menceburi bidang automobil (jual beli kereta) secara kecil-kecilan RM1 juta
- Rumah banglo di Taman Harmonis, Gombak bernilai RM1 juta

JUMLAH KESELURUHAN: RM155.9 juta

Memang terbukti seorang jutawan yang cintakan dunia perniagaan. Harta ini kalau digunakan dengan betul rasanya tak terhabis sampai mati.

Sumber: Harian Metro


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.