RSS

Wednesday, September 29, 2010

Haram main kutu


Baru aku tahu hari ini pasal main kutu tu haram. Ramai kat luar sana yang main kutu. Bagi aku kutu tu macam simpanan sementara kita je. Bayar amaun tertentu tiap-tiap bulan lepas tu sampai turn kita, dapat lah duit semula. Kalau ikut Islam, rasanya tak haram. Bukan ada unsur penipuan atau riba.

Aktiviti main kutu ni sebenarnya haram di Malaysia. Dah 23 tahun aku hidup, baru aku tahu hari ini.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.

"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Boleh kena penjara tu kalau sabit kesalahan. Lepas ni kena stop lah main kutu, nanti kena cekup payah pula nak bayar denda.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

2 comments:

Putri Lindungan Bulan said...

Maksud skim kutu tue bkn simpanan kutu mcm biasa yg kita buat... ianya pelaburan yang meragukan. Saya pernah di invite masuk salah satu skim kutu mcm nie dulu...bg duit beberapa ratus, cari org dan duit kutu yg kita dpt akan berganda...tiap2 bulan terima duit... kebanyakan duit kutu tu akan di terima melalui wang pos... tapi sy tak masuk...

- zuriey - said...

Putri Lindungan Bulan: oo..tapi cam kutu ni memang dilarang je kat Malaysia.Individu pun xleh

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.