RSS

Wednesday, September 29, 2010

Coklat ‘Perisa’ Ulat


Coklat perisa ulat memang aku tak pernah makan lagi. Perisa baru agaknya ni. hehehe. Main-main je. Ini memang kisah benar coklat yang dimakan mengandungi ulat. Lepas ini bila nak makan coklat periksa dulu coklat tersebut. Masa beli coklat tue cek tarikh luput dia dulu.

Berita selanjutnya mengenai isu ini:


KULAIJAYA – Peristiwa termakan coklat berjenama yang berulat setelah dibeli daripada salah sebuah pasar raya besar di Felda Taib Andak di sini, membuatkan sebuah keluarga di Felda Taib Andak, di sini, trauma.

Surirumah, Zarith Syakila Adam, 27, berkata, dia dan keluarganya mengalami sakit perut dan muntah-muntah selepas termakan coklat berkenaan yang dibeli kira-kira dua minggu lalu.

“Pada mulanya saya tidak perasan coklat berkenaan telah rosak, kemudian anak saya mula muntah-muntah dan adik-beradik yang lain mengalami sakit perut.

“Selepas itu barulah saya nampak coklat berkenaan telah dipenuhi kumbang dan berulat,” katanya ketika ditemui.

Zarith yang hairan dengan situasi berkenaan, tertanya-tanya bagaimana situasi tersebut boleh berlaku sedangkan tarikh luput coklat yang dibelinya adalah pada 30 November tahun ini.

“Masa beli coklat berkenaan, saya memang ada melihat tarikh luputnya iaitu kira-kira tiga bulan lagi dari tarikh dibeli tetapi tidak sangka pula di dalamnya sudah berkulat dan tidak boleh dimakan.

“Sejak peristiwa ini, kami sekeluarga sudah trauma dan tidak mahu membeli coklat secara sembarangan di pasar raya,” katanya.


P/S: Coklat memang sedap dimakan. Tapi coklat apa ye yang berulat ni?? Erm..


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.