RSS

Saturday, September 25, 2010

Cara pelupusan ayat Al-Quran mengikut Syariah


Ayat-ayat Al-Quran yang tercatat di buku lama atau kertas-kertas hendaklah dilupuskan dengan cara yang betul. Tidak boleh dibuang sesuka hati.

Diriwayatkan, seorang sahabat menjumpai al-Quran, menyapukan wangian padanya dan menyimpan di tempat tinggi. Bagi sahabat itu, Allah janjikan syurga. Begitu juga Saidina Umar yang terjumpa keratan al-Quran lalu diambil dan diciumnya, Allah memberikan pahala.


Jika ditanam, perlu dipastikan tempat itu tidak di langkah atau abu hendaklah ditaburkan ke laut.

Percetakan Saufi adalah syarikat percetakan yang telah diberi lesen oleh Bahagian Kawalan Penerbitan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membekal, mengganti dan mengambil Al-Quran lama bukan Mushaf Uthmani bagi tujuan pelupusan.Syarikat itu turut mengumpul dan melupuskan Al-Quran lama yang disalah cetak dan tidak mendapat kelulusan Lajnah Tashih Al-Quran KDN terutama yang dicetak sebelum 1990, mengandungi perkataan salah dan jika dibaca membawa maksud salah serta mendatangkan dosa.

Jadi jika terdapat sebarang ayat suci di kertas atau buku lama yang tidak digunakan lagi, boleh di hantar ke syarikat ini untuk dilupuskan dengan cara yang betul. Berhati-hati ketika membuang kertas, naskah atau buku lama, takut-takut ada ayat Al_Quran. Periksa buku tersebut dan pastikan tiada sebarang ayat suci sebelum dibuang.

Untuk keterangan lanjut klik SINI


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

1 comments:

PERCETAKAN SAUFI said...

terima kasih menggunakan artikel ini..sila sebarkan.
http://wakafalquran30.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.