RSS

Thursday, September 30, 2010

Bukan senang jadi Hos TV

Hos Tv ni sebenarnya satu tugas yang mencabar, lagi-lagi kalau kendali rancangan secara live. Silap je cakap, abis kena saman nanti. Kalau rancangan berbentuk pertandingan lagi lah kena alert. Silap umum kan pemenang, mesti malu. Betul, kalau tak percaya baca berita ni.


SARAH MURDOCH (kanan) memberitahu bahawa Kelsey Martinovich (tengah) bahawa dia bukannya pemenang sebenar tetapi Amanda Ware (kiri) dalam program Australia’s Next Top Model di Sydney malam kelmarin.

SYDNEY – Para penerbit rancangan televisyen pencarian model terkenal, Australia’s Next Top Model menanggung malu selepas hos yang juga seorang supermodel, Sarah Murdoch mengumumkan nama pemenang yang salah pada malam kelmarin.

Akhbar-akhbar menyifatkan kesilapan mengumumkan pemenang itu sebagai insiden televisyen yang paling pelik pernah berlaku di Australia.

Sarah yang merupakan menantu kepada taikun media Australia, Rupert Murdoch hampir menangis apabila menyedari bahawa dia tersilap mengumumkan kemenangan Kelsey Martinovich, 19, dari Sydney sebagai pemenang siri terakhir yang disiarkan oleh Foxtel TV secara langsung.

Stesen Foxtel dimiliki oleh syarikat telefon Telstra, News Corp milik Rupert Murdoch dan firma Consolidated Media Holdings.

Martinovich sudah menyampaikan ucapannya sebelum Sarah mendapati pemenang sebenar ialah Amanda Ware dari Gold Coast yang berusia 18 tahun berdasarkan undian orang ramai.

“Saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan sekarang. Saya minta maaf. Inilah yang berlaku apabila anda menonton siaran secara langsung. Semua ini gila, gila, gila,” kata Sarah di hadapan 2,000 penonton.

Pengarah Publisiti Foxtel, Jamie Campbell menyalahkan komunikasi yang tidak jelas antara beberapa pengarah siri tersebut di dalam bilik kawalan penyiaran dengan Sarah yang berada di atas pentas.


Betul tak apa aku cakap. Abis kena kritik bila Hos silap cakap. Aku rasa mesti ada kesilapan teknikal yang boleh buatkan Hos tak dengar dgn jelas. Takpelah, kita maafkan je kesilapan dia. Manusia selalu buat kesilapan.

Sumber: Kosmo


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.